Wednesday, June 4, 2008

Pulau Gemia, Ganu kite 2007




Pulau Gemia terletak bersebelahan Pulau Kapas. Bercuti kat sana 2 hari 1 malam. Cadangnya nak mencandat sotong, tapi disebabkan hujan candat orang pun jadik.




Kat pulau ni, memang best giler....boleh snorkelling, main ngan anak penyu. Bila sampai macam dah tak sabar tengok anak2 ikan kat jeti. macam nak terjun je. Lepas check in, posing sekejap kat bilik, bebudak semua pegi kat pantai bersnorkelling.











Sebelum makan, kena seround main bola. Bukan takat bebudak, bapak2 budak pun sama naik. Nak mencandat hari hujan. Belasah lah.........

Hari terakhir.....sementara tunggu bot datang, kacau penyu dulu. Pulau ni terkenal juga sebagai pusat santuari penyu. Tapi tak banyak mana pun anak2 penyu.

Umrah 2006


Setelah balik menunaikan haji 2002, memang bercadang sangat nak bawa anak2 pergi menunaikan umrah sebelum bercuti ke tempat lain. Biar depa tau sejarah Islam dan Rasulullah. Tahun 2006, hajat dimakbulkan. Bila kita ada niat, pasti Allah akan tolong permudahkan. Kalau nak ikut budget, sentiasa tak cukup. Tawakal adalah penawarnya.

Kami pergi selama 9 hari 7 malam. 2 hari di Madinah dan 5 hari di Makkah. Dari KLIA pukul 2.30 ptg, sampai di Jeddah lebih kurang pukul 7 malam waktu sana. Dalam flight dah bagitau kat anak2, jangan fikir org Arab macam kita. Kat airport Jeddah, kalut semacam. Orang sana kasar atau kata lain poyo....... Berlagak tak tentu arah. Memikirkan datang untuk beribadah, sabar banyak2.

Dari Jeddah direct ke Madinah. Perjalanan mengambil masa 8 jam. Melepek anak2 termasuk ibu dan ayah. On the way, stop sekejap kat satu masjid untuk solat jamak dan berehat. Ingat nak mandi, tengok toilet.....mak datuk........teramat kotor. Beristinjak pun pejam mata je. Masyaallah.

Lewat tengah malam baru sampai hotel di Madinah. Alhamdulillah.

Pagi esoknya, solat subuh di Masjid Nabawi. Ya Allah! akhirnya termakbul juga hasrat. Kami pergi Raudhah. Ziarah ke Jabal Uhud dan masjid2 bersejarah. Malam kami solat lagi di masjid Nabawi. Dengan izin Allah, ayah, Amirul dan Luqman boleh duduk berdekatan dengan mimbar Nabi. Luqman boleh tidur lagi di tangga Mimbar.

Keesokannya, selepas pergi pasar kurma dan ziarah wida' Masjid Nabawi , kita orang berihram untuk memulakan umrah pertama dan bertolak ke Makkah. Berhenti di Bir Ali untuk miqat dan niat umrah. Di sini bermula ibadah umrah. Alhamdulillah, anak2 diberi kekuatan. Masa tu Kak Long 11 thn, Amirul 10 thn dan Luqman 6 thn. Luqman yg paling kecil dlm rombongan kami tapi penghibur semua orang. Ada je lawak. Selepas 8 jam, kami tiba di Makkah lewat malam. Tanpa berlengah, kita orang segerakan umrah. Tawaf, sa'i dan tahalul dalam masa lebih kurang 2 jam.

Hari berikutnya, kami melakukan lagi umrah selepas subuh. Kali ni miqat di Tanaim. Habis je lakukan umrah, anak2 dibelanja aiskrim Arab. Sedap bangat. Dah kemaruk nak makan tiap2 hari lepas balik masjid.Esoknya, ziarah ke Jabal Tsur, Hira', Jabal Rahmah, Arafah dan Mudzalifah. Gambar sebelah ni diambil kat Jabal Tsur dan jabal Rahmah. Bukan selebriti je boleh ambil gambar naik unta bila pergi umrah, kita orang pun seii...Kami menunaikan umrah 3 kali. Seronok bebudak. Amirul dapat kucup Hajaratul Aswad. Solat kat Hijr Ismail. Menghayati lari2 anak semasa sa'i. Bila part ni, Luqman dah mcm Rabuan Pit, lari celah Pak dan Mak Arab.

Akhirnya, sampai masa nak berangkat, kami terasa rindu dan berdoa agar dapat kami datang semula sebagai tetamu Allah lagi. 2 tahun sudah berlalu. Alhamdulillah, doa yang dipohon termakbul. Member2 kirim doa untuk mengandung dah melahirkan termasuklah yang mendoa. Terkena jugak.Itulah barakah.



Tuesday, June 3, 2008

Awana Kijal Resort 2006



Lokasi di Kijal, Terengganu. Our favourite place sebab kat sini banyak kemudahan. Tengok saja gaya seorang pemain golf professionalNak rempit pun ada

Dalam kolam renang di sini, kanak-kanak boleh berenang bersama buaya. Best oooo.....